MOTTO


WADAH

Menjadikan Kampung Linau Kecil sebagai satu tempat / gelanggang bagi merangka, merancang serta melaksanakan segala agenda perjuangan memartabatkan maruah bangsa supaya terus gagah mengemudi pembangunan untuk kecemerlangan agama, bangsa dan negara.

UKHWAH

Menjalinkan dan mewujudkan semangat kekitaan, toleransi serta kerjasama yang kukuh dengan meletakkan kepentingan masyarakat sebagai agenda utama tanpa mengira pandangan politik dan peribadi dengan matlamat kecemerlangan yang berterusan.

IKHLAS

Sebagai elemen penting dan sifat utama dalam membentuk masyarakat yang unggul serta gagah mengharungi kepelbagaian cabaran demi membina negara cemerlang pada asas agama yang satu iaitu Islam Ad-Din. Untuk membina sebuah negara yang cemerlang perlunya setiap institusi kekeluargaan yang ada kukuh, dan untuk membina sesebuah keluarga yang berjaya perlunya nilai ikhlas yang tinggi dalam setiap ahlinya.